Wednesday, June 07, 2017

Rabu 1038am

21 hari usiamu 19 hari tanpamu di sisi.

Tuesday, June 06, 2017

Lebih baik berdiam diri

Jika tidak pernah mengalami lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan fakta-fakta yang menyakitkan hati... Pernahkah kau bermimpi seketika Berada di tempat ku Membayangkan pahit manis berlalu Entah siapa yang tahu Mungkin nanti kau jua merasakan Berdepan dengan kata menyesatkan Tak kan tugumu tegak Tiada pertimbangan Keheningan malam membalutkan Kepayahan jiwa meluahkan Andai kau jujur memahami Tiadaku menjauhi Dan kisahku yang masih panjang Menambahkan berat yang memandang Lantasku pendam ku putuskan Biarlah rahsia Semakin aku hidup dalam cinta Tiada kuasa mampu menghalangnya Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Sunday, June 04, 2017

Tabahlah duhai hati

Saat-saat kita berduka, kadang kala kita tidak mengharapkan kata-kata semangat. Kita hanya mahu ketenangan dan doa, bukannya soalan-soalan yang menambahkan luka di dada. 16 hari tanpamu disisi

Saturday, June 03, 2017

After 3 years

Berhabuk dah blog... sejak ada facebook. 3 tahun sepi krik krik krik... Here I am still alive... sepi tanpa berita 3 tahun mengharungi cabaran hidup yang perit tetapi masih bertahan hingga ke hari ini. Husband pesan ingat Tuhan dan buat lah sesuatu yang kamu suka. Hurmmm... saya suka bisnes... maka terjebaklah dalam bisnes Shaklee setelah setahun menjadi pengguna. Yang dah lama kenal saya (sejak blog ni wujud 2005) mesti tahu saya seorang cigu... lepas tu terjebak dalam sukan hingga bertemu jodoh (ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu juga). Pepatah yang tak juga berapa win sebab maybe kami pernah terserempak di Miri pada tahun 1993-1997 atau pada 2003 cuma masa tu ai tak padang dia, dia tak pandang ai. Maklum la ai gadis Iban kurus guna spek yang skema gitu... memang bukan taste dia. Dia pun bukan taste ai juga zaman tu... budak Cina rambut belah tengah... langsung tak pandai main gitar. Dipendekkan cerita, kami kahwin... (fwd laju-laju, ada masa nanti saya rewind balik). Dia ajar saya cara nak bisnes tapi saya suka teori sendiri... Saya cakap saya nak buat Shaklee sebab alang-alang dah guna setahun dan bertahun-tahun akan datang bagus jadi member dapat bonus... Apa ko pikir senang nak dapat bonus? (Ayat kasar sikit ni dituju kepada diri sendiri) Rupa-rupanya tak sesenang yang dijangka. Tapi saya bertekad (bila saya da bertekad ni maksudnya cepat atau lambat saya mesti buat). Tekad tu satu janji dalam diri saya sendiri. Biar merangkak atau mengensot saya mesti buat... cthnya pada tahun 2007 saya tekad nak naik gunung KK untuk kali kedua. Dari South peak saya merangkak ke Low's peak... Bila turun tak la merangkak. Saya berpimpian tangan dengan guide (bukan jatuh cinta) sebab malas nak pikir batu mana nak pijak, tali mana nak pegang. 2016-2017 tahun yang mencabar. Terjatuh, merangkak, mengensot, meraung, semua ada. Tergerak hati untuk buka blog... dah 12 tahun rupanya... dan saya masih di sini. Jemari masih mampu menekan-nekap hp untuk update blog... This is my stories... in the land of hornbills... Happy Gawai Dayak...