Thursday, August 04, 2005

Suratan atau kebetulan

Ehem... aku nak tulis dalam Malay pulak. Bukan apa... hari tu aku buat laporan dalam Malay. Sekali aku baca balik, macam tak percaya aku yang tulis tu sebab waktu sekolah dulu aku selalu dapat A dalam Malay. Ayat yang aku guna memang songsang terbalik.. Tapi aku sedar aku memang pakar merosakkan bahasa... huk huk huk....

Aku jumpa lirik lagu ni. Hari tu aku dengar Aidil nyanyi masa konsert AF. Aku rasa aku nak tujukan lagu ni untuk seorang kawan aku la... Dia ada masalah... selalu mengadu dengan aku. Masalah untuk membuat pilihan... apa-apa sajalah pilihan... nak pilih baju apa nak pakai, nak pilih lauk apa dimasak, nak pilih warna apa best untuk langsir rumah dia, nak pilih handbag mana yang best dan paling teruk nak pilih boyfriend. Aku kalau part pilih yang lain tu masih bolehla tolong tapi kalau part pilih boyfriend, tak payah tanya akulah... Aku kurang arif...hehehe...

Kekadang memang susah jugak nak buat pilihan ni.... macam aku... benda paling susah aku nak pilih buat masa ni ialah masa depan aku sendiri... Kalau diikutkan aku yang betul-betul aku, tinggal kat tempat macam ni bukan pilihan aku. Tapi untuk meninggalkan tempat ini, aku perlu membuat keputusan yang betul...mana aku nak pergi lepas ni? Dulu aku berpeluang membuat pilihan tempat yang aku betul-betul nak pergi tapi atas desakan dan pujukan orang itu... akhirnya aku tersadai di sini. Hish... sakitnya hati.

Aku pernah juga jumpa seorang kawan... membuat satu pilihan tanpa kerelaan diri dan bila dia tersedar, dia berusaha mengubah pilihannya tetapi dah terlewat. Aku pun tak dapat nak tolong. Sampai hari ini aku tak tau sama ada dia masih frust atau tidak dengan pilihan terburuk yang dia pernah buat tu....

Kawan aku seorang paling best... kalau ada pilihan, dia buat tak tau je...

So, korang semua macam mana pulak? Kalau ada pilihan... apa tindakan korang???

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

*nak minta maaf dengan sorang kawan, aku pernah tolong dia buat pilihan tapi pilihan aku tu buat dia makin sedih. aku pun sedih juga lepas tu tengok dia sedih sebab aku fikir pilihan tu boleh buat dia happy...tapi bukan salah aku, dia yang suruh aku buat pilihan untuk dia.* moral dari cerita ini - biar orang tu buat pilihan sendiri

7 comments:

NSDS3HvLDjJd said...

Kenny, Remy & Martin-lah.

Chen said...

Wah, lu punya BM banyak bagus woh..
I forget how to write in BM liao lah.. haven't write in BM for so long liao..
paiseh..

Decision making sometimes is a difficult & hard task, especially when one is in dilemma. One thing u can do is pray about this matter & see whether the decision u wants to made is His Will or not..

hornbill said...

nsds... the original singer are them. Wah... u also minat this song is it?
Chen... thanks for your opinion, really appreciate it. my BM, few years before I can write 100% better than this especially in my essay... hehehe

chris anakapai said...

we can only give opinion or show the simpang that they can take...

... but in the end, up to them to take the step or not

:)

would like to share an advice a very good fren of mine once gave me..

"Kalau kau buat pilihan ni, minggu depan, bulan depan, mungkin kau tak menyesal... Tapi kau fikirlah, lima tahun atau sepuluh tahun lagi, adakah kau tidak menyesal..."

Anonymous said...

wah so long i never write malay too. dun think i can write properly anymore!

the only malay song i remember the classic ISABELLA!

chrissieeeee

anum said...

ah?
kalau akulah orang itu..aku maafkan beb!

Hehehe...

hornbill said...

Chris... I'm the one who make the pilihan for that person.
Chrissie... hehehe... write in Malay later...
Num... memang dia cakap dia maafkan aku tapi bila topik tu kuar, dia macam blame aku pulak. Ish...